Monday, May 30, 2016

Kembali ♡




Salam sejahtera buat pembaca yang masih setia,


Untuk setelah sekian lamanya, mira kembali menulis. Mula zaman belajar degree, sehingga kini tahun akhir dah dan innshaAllah satu semester saja lagi, tamatlah, sepanjang waktu tu tak sentuh blog ni. Tataulah kenapa hati tergerak untuk menulis. Bukan untuk tatapan orang tapi lebih kepada diari sendiri. Alhamdulillah kembali dengan fizikal yang masih sihat. Dalam tiga tahun segala pasang surut timbul tenggelam naik turun yang mira hadapi dari perspektif seorang anak, pelajar, perempuan, dan kawan, banyak mematangkan, walaupun kadang kadang tersungkur leleh jua air mata ni, hidup perlu diteruskan. Tipulah kalau kalau kata tak nangis umur 23 24 macam ni. hihi Menangis bukan bererti kita lemah, tapi mencari kekuatan. 

So far life degree sangat berbeza dengan zaman diploma dulu. Kalau dulu buat apa apa mesti nak dengan kawan tapi degree ni hmmph belajar berdikari oiii! Mula-mula tu, rasa mati kutu jugak tade geng chendering kat yemyemyu ni, duk pikir nak ajak siapa lepak ni, well mesti korang cakap cari la roomate or classmates haha! Diorang kat sini jenis balik weekennnd gais oi zzz! Boring haha. Nak taknak gagah jugak la pergi makan sendiri, lone ranger orang kata. Hah, bila dah jenis makan sorang ni duk pegang phone jela apa lagi. Orang kiri kanan memang dah tak prasan dah haha. Gitu ler jenisnya. Alah korang pun mesti macam tu jugak enn ennn! So sampai sekarang makan sorang tadehal la. Sekarang Alhamdulillah banyak kenalan, cheq tak la selalu makan sorang, tapi bila dah masing-masing ada hal kita berdikari jela sendiri ye dok? hehe. 

Sepanjang belajar di ipta ibu ayah banyak keluar duit, buat rasa nak cari kerja cepat dan balas jasa diorang. Even sebenarnya wang ringgit pun tak mampu balas segala pengorbanan tapi setidaknya mampu buat mereka rasa dihargai dan ringankan beban. Dah sampai masa untuk ibu ayah berehat pula. InnshaAllah terima kasih ibu ayah. Doakan angah berjaya! hee. Cinta? Mereka yang datang tanpa sedar perginya pun senyap juga, tup tup dengar ada yang dah kahwinlah, lagi sorang dah nak 'next step' dah, mira jugak lah duk bagi peluang kat orang yang salah. Last-last tak kemana pun. Asyik buat salah maaf then repeat, sampai ke sudah bila kata maaf dah jadi 'meaningless'. Angkat jela kaki. Tak apa, dah Tuhan kata tak ada jodoh, kita redha. Tuhan Maha Kaya, innshaAllah yang didepan mesti lagi better. Husnuzon okay? :)





Okay gais jumpa lagi!
love,
miraamrn.
꒰˘̩̩̩⌣˘̩̩̩๑꒱♡

No comments: